Wednesday 4 May 2016

Hafidz Roshdi Akhirnya Tampil Beri Kenyataan



#Pelakon baru Hafidz Roshdi akhirnya tampil memebri kenyataan ekoran kisah perkahwinan dan juga isterinya menjadi viral baru-baru ini.

#Pelakon utama drama Tundukkan Playboy Itu berkahwin minggu lalu pada usia yang muda iiatu 22 tahun. Tahniah diucapkan.

#Hafidz Roshdi telah memuatnaik gambar isterinya menerusi laman Instagramnya yang memaklumkan dirinya kini sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada yang juga berumur 22 tahun.

#Menurut Hafidz, dia memilih Nurul sebagai isterinya kerana wanita itu dirasakan sempurna di matanya, memahami dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang.


#Hafidz mula berkenalan dengan isterinya semasa sama-sama menuntut di Malaysia Science University di Shah Alam, Selangor.

#Namun gambar isterinya di IG itu ada yang memberi komen negatif kononnya tak sesuai dan tak sepadan dengan Hafidz. 

#Ini komennya:

#PENYOKONG KUAT SEBELUM JADI ARTIS

#“Sebelum menceburi bidang ini, dia sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Sehingga sekarang dia antara individu yang setia berada di belakang saya.

#“Tidak kira dalam apa keadaan sekalipun sama ada ketika ketika bersedih, susah atau pun senang, dia pasti ada. Itu yang membuatkan saya yakin untuk terus bersamanya,” 

#NAZAR UNTUK KAHWIN JIKA BERJAYA

#“Perancangan untuk berkahwin ini adalah nazar saya kepada keluarga. Saya pernah memberitahu mereka, jika saya berjaya dalam bidang diceburi dan mendapatkan apa yang diingini, saya mahu berkahwin.

#“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan rezeki berpihak kepada saya. Selepas berbincang dengan keluarga, mereka tidak menghalang malah menyokong niat baik ini,” 

#SUNGGUH-SUNGGUH CINTA SYUHADAH

#“Saya jenis kalau bercinta memang bersungguh-sungguh. Kalau nak tahu, saya pernah jatuh sakit disebabkan putus cinta.

#“Sejak itu, ayah selalu berpesan jika bercinta semula biarlah disertakan dengan niat yang betul iaitu bercinta kerana Allah. Pada masa sama, niat untuk dijadikan isteri dan bukannya sekadar suka-suka,” 

#Tahniah kepada Hafidz Roshdi, ini memang cinta sejati. Memang hebat cintanya kepada si isteri. Semoga berbahagia selalu.

0 comments :

Post a Comment